Setiap benda ada Asalnya..yang mana kita kurang pasti kita akan usulkan darimana asalnya..Itulah yang dinamakan ASAL USUL. Tapi ingat hanya Tuhan yang tidak beranak dan diperanakan. Jadi jangan pandai pandai nak usulkan asalnya...
Hari ni mari kita tengok Asal Usul negeri korang semua.
1.PERLIS
Negeri Perlis Indera Kayangan juga dengan istilah yang kurang dikenali Perlis Darul Sunnah berkeluasan 810km persegi.Kalau IC korang bernombor - 09- atau -40- itu ialah Kod bagi negeri kelahiran korang.Kalau kenderaan bermotor pulak ia direkodkan dengan huruf 'R' di awal plat kenderaan.
Ada banyak versi tentang asal usul nama negeri Perlis ni.Antara yang direkodkan ialah :
- Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.
- Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.
- Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis atau Abdullah bin Shamsuddin (1860an - 1922) .
- Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat namanya.
- Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai Pokok Perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.
(Wan Limah : Mari mano pulok namo Pokok Perlis tu.Tok sir royak ko asal usulnyerrr????)
(Wak Leman: Pokok Perlis diambil dari nama sebuah negeri digelar Perlis.. :( )
2.KEDAH
Kedah Darul Aman berkeluasan 9426 km persegi. Semak IC korang,ada tak sama ada -02- atau -25- atau -26- atau -27-.Itu semua kod negeri kelahiran.Kalau no plat 'K' atau 'KV' bermakna kenderaan itu di daftarkan di Negeri Kedah. Kedah dikatakan kerajaan negeri tertua pernah wujud kat Malaysia ni.
Sebab ia dah lama maka banyaklah cerita tentang asal usul nama Kedah. Hikayat Merongmahawangsa dan Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah adalah 2 rekod yang paling terkenal. (tengok buku teks sekolah menengah).Antara yang diceritakan ialah :
1. Asal Nama Kedah - Arab dan Parsi
Unsur-unsur Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai " Kilah" (Ibnu Khurdadhbih 846) atau "Kalah" (Ibnu Muhalhal, 941) atau "Qalha", "Qalha" ini dikatakan mempunyai empat buah daerah iaitu Kuala Qilah (Kuala Sungai Merbok sekarang) Kuala Bahang (Kuala Kedah) , Kuala Merpah di Pulau Panjang dekat Setoi (disempadan Penis/Siam) dan Kuala Bara (sebuah Kuala Sungai di kawasan Setoi).2. Asal Nama Kedah - Penulisan Sanskrit
Bahasa Sankrit yang menyebut Kedah sebagai "Kataha" atau "Kadara" dan tulisan-tulisan Tamil yang menyebur Kedah sebagai "Kadaram" atau "Kalagam". "Kadaram" bermakna kuali besar dan "Kalagam" pula bermakna warna hitam.
Mengikut Sir Richard James Wilkinson, nama Kedah berasal daripada perkaraan "Kheddah" yang bermaksud perangkap gajah. Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada perkaraan Arab. "Kedah" yang bermakna gelas berkaki kerana dikatakan terdapat ramai pedagang Arab yang menjual gelas berkaki disana. Mereka sering meneriak perkataan "Kedah" untuk menarik perhatian para pedagang kepada barang dagangan mereka. 3. Asal Nama Kedah - Unsur China
Dari penulisan I-Ching (kurun ke-17) Kedah kerapkali pula disebut sebagai "Chiah-Chin" atau "Kie Ta'a"ataupun "Kieteha".
4. Asal Nama Kedah - Penemuan Kajian
Penulis The Study Of Ancient Timesin The Malay Peninsula and Straids Malacca. Roland Braddell menyatakan Kedah pernah disebut sebagai "Gedda". Nama itu dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Khadar" yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi. " Kidara" dalam bahasa Sanskrit juga mempunyai makna yang sama. Lagi satu nama untuk Kedah ialah "Kala" dalam bahasa Parsi yang bermakna Kota.
5. Asal Nama Kedah - Rekod Pengembaraan
Drekod pengembaraan Ibnu Khurdadhbih penulis buku al Masalik wal Mamalik ada disebut mengenai sebuah pulau yang bernama "Kilah" yang mempunyai banyak bijih dan hutan buluh. Buku ini merupakan buku panduan mengenai kawasan kawasan empayar Islam dan mengandungi juga maklumat mengenai topografi Asia Tenggara.
Seorang pengembara Arab bernama Sulaiman yang pernah menulis dalam tahun 851 masihi menyebut mengenai kawasan bernama "Kalahbar" yang dikatakan sebagai tempat yang bernaung di bawah Zabaj iaitu Empayar Srivijaya di Palembang.
Ibnu Muhalhal yang menulis dalam tahun 941 masihi menyebut "Kalah" sebagai terakhir bagi kapal-kapal berlabuh disebelah timur. "Kalah" digambarkan sebagai sebuah Bandar besar yang dikelilingi oleh tembok yang tinggi, penuh dengan taman-taman dan alur. "Kalah" juga mempunyai banyak lombong atau "Kelian" bijih.
Ibnu Muhafhal dalam pengembaraannya telah menulis dan merujuk pada negeri ini dengan mengelarkanya "Kelian" seperti itu tidak terdapat di mana-mana pun di dunia. Disana juga terdapat pedang yang paling istimewa buatannya.
(Sumber : Lembaga Muzium Negeri Kedah)
(Sumber : Lembaga Muzium Negeri Kedah)
(Wan Limah : Ada lagi tak wak nak cerita.belum ke dah???)
3.PULAU PINANG
Pulau Pinang Pulau Mutiara..itu gelarannya selepas merdeka agaknya.Dulu British pernah menamakannya sebagai Pulau Prince of Wales. Negeri yang bekeluasan 1046.3 km persegi ini asalnya adalah milik kerajaan Kedah.Di pajakkan kepada Syarikat Hindia-Timur British pada tahun 1786 sebagai gantian kerana Sultan Muhammad Jiwa telah meminta perlindungan dari serangan Siam dan Burma dari syarikat penjajah tu.(Dalam kurikulum menengah subjek sejarah ada maklumat ni). Tahun lepas atau tahun ni (Wak tak ingat) ada timbul isu Pulau Pinang perlu dipulangkan balik kepada Kedah kerana tempoh pajakan dah tamat.
Kod bagi negeri kelahiran ialah -07-, -34-, -35-.Siri plat kenderaan mestilah 'P' merujuk kepada Pulau Pinang dan bukanlah Percubaan
Tak banyak kisah tentang Pulau Pinang.Buat masa ni yang Wak dengar dan Wak baca cuma sekumpulan penduduk yang berhijrah telah menemui pulau ini yang mana pokok pertama yang mereka temui di pulau ini ialah pokok pinang.Ada juga yang mengatakan pokok pinang dijadikan bahan untuk membina kediaman mereka.Ada yang mengatakan pulak kumpulan itu bersandar di pokok pinang. Segalanya berkait dengan pokok pinang.
Ada kisah lain tentang Pulau Pinang ini dimana Prof Ahmad Murad Merican menjelaskan bahawa sebenarnya Pulau Pinang bukanlah dibuka oleh Francis Light. Orang yang bertanggungjawab membuka Pulau Pinang atau nama asalnya Tanjung Penaga ialah Tok Jenaton yang berasal dari Pagar Ruyong.
(Wan Limah : Nasib baik jumpa pokok pinang kalau jumpa pokok petai?,kelapa sawit?,bunga matahari?Kelapa Laut Afrika?????)
4.PERAK
Dengan keluasan 21,006 km persegi, negeri Perak merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang).Orang yang lahir kat Perak akan menggunakan kod negeri kelahiran sama ada -08-, -36-, -37-, -38- atau -39-. 'A' adalah huruf pertama yang digunakan dalam siri plat kenderaan.(nak guna 'P',Pulau Pinang dah rembat dulu)
Ada beberapa versi asal usul nama negeri ini...
- Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) pernah bertitah, sebelum wujudnya negeri Perak, tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak nama sekarang) ingin bergabung menjadi sebuah negeri. Maka bermesyuaratlah Ketua Ketua Daerah tersebut untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus.Dalam agenda mencari nama terlintaslah dalam fikiran mereka kepada bendahara Melaka ketika itu, Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.
- Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.
- Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat seperti perak.
- Negeri Perak juga diambil dari warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari yang mana memang negeri ini terkenal dengan bijih timahnya sebagai salah satu bahan asas perak.
5.SELANGOR
Selangor Darul Ehsan adalah negeri yang berkeluasan 7,956 km persegi. Kalau IC korang bernombor
-10-,-41-, -42-, -43- atau -44- maknanya jangan mengaku korang orang KL. Plat kenderaan huruf 'B' mendahului siri huruf/nombor yang lain.
Wak pernah dengar dulu dulu berhampiran Sungai Selangor ada banyak Langau atau Selangau membiak di situ.Lebih kurang macam Pulau Pinang, orang bermudik sampai ke sungai tu,berlabuh dan menemui 'menatang' tu, Maka tempat tu dinamakan Selangau.Setelah zaman berzaman akhirnya Selangau jadi sebutannya Selangor.
Kisah yang lain juga berkaitan dengan langau ni,menceritakan bagaimana seorang pendekar yang sedang mengembara telah singgah di sebuah kawasan yang belum pernah dijejaki sebelum ini. Ketika sedang berehat, seekor langau terbang berlegar legar di hidungnya,kepalanya,telinganya dan sebagainya. Maka ber'silat'lah dia semata mata mahu membunuh langau tu. Tepuk kiri,tepuk kanan,atas bawah..asyik tak kena.Habis ilmu kependekarannya dipraktikan sampai akhirnya dia penat.Tapi langau tu tak mati mati.Menang Bergaya orang kata. Pendekar itu tu tertanya tanya...Punya terer ilmu kependekarannya tapi tak mampu menewaskan seekor binatang yang sangat,sangat,sangat kecil dari nya.Lantas membuat dia merumuskan, tempat itu memiliki semangat kepahlawanan yang hebat dan dia mahu terus menetap disitu dengan memberi nama 'Selangau'.
Salang Ur
Dulu di Kuala Selangor adalah tempat para pesalah dijatuhkan hukuman.Tak tahulah atas kesalahan apa, yang pasti ianya mandatori. Hukumannya taklah teruk sangat...cuma pesalah akan diikat pada palang kayu (di SALANG dalam maksud yang lain dan lebih ringkas) kemudian dijemur di bawah panas matahari . Hukuman Salang dan Jemur tu popular sampai tempat tu dinamakan Salang Ur merujuk frasa Salang dan Jemur.
Kisah yang lain pulak..ada satu kawasan penempatan yang terkenal dengan ekonominya,kedudukannya di tepi Sungai (Sungai Selangor). Para pedagang mengelarkannya Tanah Selat sesuai dengan kedudukan sungai itu yang mengalir ke Selat Melaka menerusi kawasan petempatan tersebut yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor.Perkataan 'TANAH SELAT' ditranslit oleh pedagang india sebagai Selang Ur (Selang tu merujuk pada selat, maklumlah padagang tu pelat atau mungkin dia banyak makan keropok lekor kat Kemamang,Ganu."Ur" pula membawa maksud "tanah" dalam bahasa Tamil).
(Wan Limah : Wan pelik dengan pendekar tu..dalam banyak banyak kesimpulan,dia cuma dapat fikir pasal Semangat Pendekar.Tak boleh ke dia fikir yang dia tu bau peluh sampai langau 'berahi' dengannya.Kalau terus gi mandi sungai kan senang tak payah nak bersilat silat)
6.JOHOR
(Wak tak tahu kenapa bulan bintang tu senget.Masalah teknologi!!!)
"Mareng di,orah singgah dulu???" itu salah satu ayat Jawa. Ramai penuturnya di negeri ini. Wak lahir di negeri ini, Negeri yang mana satu ketika dulu telah di sebut-sebut dan terkenal di kalangan para pelayar dari Siam, Eropah, Timur Tengah dan Kerajaan sekitar Nusantara dengan berbagai nama lama sebelum.Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dan ia berkekalan sehingga sekarang!!!!!! Dalam IC Wak,tercatit -01- yang bermaksud Wak lahir di negeri JOHOR DARUL TAKZIM. Pada yang tercatit -21-, -22-, -23- atau -24- berbanggalah kerana korang juga rakyat negeri yang hebat ini (Bukan dalam arena bola sepak tapi pembangunan ekonominya). Dah nama pun Johor..diawal plat kenderaan mestilah huruf 'J' takkan huruf 'Z'. Keluasannya 19,984 km persegi. menjadikannya ketiga terbesar di Semenanjung. Walaupun ada orang dari 'tempat' lain kutuk - kutuk Wak punya Sultan, pada Wak, baginda cukup mengambil berat tentang rakyatnya (nak cerita pasal ni panjang pulak).
Wak merujuk pada penulisan Tun Sri Lanang dalam buku Sejarah Melayu yang menceritakan Johor pada mulanya telah di kenali dengan sebutan dalam bahasa Jawa sebagai Ganggayu atau Gangga Ayu yg bermaksud sama seperti Warawari merupakan sebuah kerajaan besar di hulu Sungai Johor.
Orang Siam pula menyebut Johor sebagai “Gangganu” dan orang-orang Jawa menyebut Johor sebagai “Galuh”. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud “Batu Permata”. Bila orang-orang Arab datang,mereka menyebut batu permata dengan panggilan “Jauhar”. Selepas beratus tahun..bunyi Jauhar tu jadi Johor,mungkin kerana pengaruh sebutan jawa yang pekat.
(Wan Limah : Alahhh..negeri dia banyaklah yang dia tulis.Tu pun nasib baik orang Arab datang,kalau tak sampai sekarang agaknya,Johor tu orang panggil Galuh Darul Takzim..)
7.NEGERI SEMBILAN
Negeri ini terkenal dengan adat yang mengutamakan anak perempuan (Adat Perpatih dan Adat Temenggung).Negeri Sembilan darul khusus asalnya di diami oleh suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah.Hinggalah pada abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau pun mengorat orang-orang Asli disana. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda (jangan salah sebut Biduanita). Pasal itulah agaknya.Loghat Negeri Sembilan yang ada sekarang bunyi seperti bahasa Minang yang boleh kita jumpa di daerah Padang, Luhak Nan Tigo dan sekitar Gunung Merapi.Cuma ianya di melayukan dek percampuran bahasa.
05, 31, 59 adalah kod negeri kelahiran bagi Negeri Sembilan. 'N' pula adalah siri 'plat kenderaan yang didaftarkan disana.
Hanya ada satu cerita asal usul negeri ini dapat nama.Ianya bermula dalam satu mesyuarat pergabungan 9 daerah untuk membentuk sebuah Negeri.Sebelum itu,walaupun Negeri Sembilan di bawah pemerintahan Sultan Johor ketika itu,tetapi luak - luak di Negeri Sembilan adalah di bawah pentadbiran Penghulu masing masing dengan dibantu oleh Lembaga dan Buapak.Bak kata pepatah minang,
Bulat anak buah menjadi buapak,
Bulat Buapak menjadi Lembaga,
Bulat Lembaga jadi Penghulu,
Bulat Penghulu menjadi Raja
9 daerah itu ialah iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor.Kesemua daerah ini dibuka oleh orang minang mengikut catatan sejarah.Maka bergabunglah daerah itu menjadi negeri di mana.Raja Melewar dari Pagar Ruyung (sebuah tempat beraja di Sumatera Barat) telah dititahkan oleh ayahandanya untuk pergi ke Negeri Sembilan untuk menjadi Yang DiPertuan Besar yang pertama.
Nama Negeri Sembilan yanag kita warisi sekarang ini adalah diambil dari nama 'Sembilan Negeri' yang diketuai oleh 'Sembilan Penghulu' yang menabalkan Raja Melewar. Perkataan 'Negeri' di pangkal huruf 'Sembilan' itu adalah diambil dari istilah yang lazim dipakai dari oleh orang Minangkabau. Orang minang ni penempatan seluas Kambung Baru akan dipanggil 'negeri'.Demikianlah adanya....(Wan Limah : Kalau ikut Bahasa Malaysia Negeri Sembilan akan dipanggil Daerah Sembilan.)
8.MELAKA
Melaka ialah sebuah negeri yang terkenal dengan sejarahnya. Melaka terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia serta bersempadan dengan Negeri Johor dan Negeri Sembilan.
Negeri ini ialah negeri yang kedua terkecil selepas Perlis. Keluasannya cuma 1,657 kilometer persegi. Panjangnya dari utara ke selatan ialah 40 kilometer dan lebarnya dari barat ke timur ialah 69 kilometer.
Menurut catatan sejarah, nama Melaka telah lama wujud iaitu daripada nama kesultanan yang diasaskan oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Syah . Daripada catatan pedagang Cina yang datang ke Melaka, sudah ada tempat dagangan bernama Melaka. Nama Melaka juga ada disebut dalam 'Syair Jawa' bertarikh 1324. Melaka disebut sebagai negeri yang bernaung di bawah Siam dalam tahun 1360.
Nama Melaka pertama kali dikesan penggunaannya adalah pada abad ke -14. Terdapat pelbagai cerita tentang bagaimana Melaka mendapat namanya.Walaubagaimanapun, cerita yang diterima umum ialah cerita yang mengaitkan nama itu dengan sebatang pokok yang disebut pokok Melaka.
Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.
Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu. Selain itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa Melaka berasal dari perkataan 'Malagas'. Menurut Gasper Correa, penulis sejarah pada tahun 1551 mengatakan bahawa Parameswara melarikan diri ke Melaka, didapati sudah ada penempatan orang Melayu asli dan orang Laut.
Baginda mendapati di muara sungai itu ada sebuah perkampungan nelayan di mana penduduknya melakukan kerja membuat ikan masin untuk dijual kepada pedagang-pedagang yang datang dari luar. Tempat itu dikenali sebagai 'Malagas' atau 'Mulagas', sempena namanya sebagai pusat menjual ikan masin.
Dalam buku 'Suma Oriental', nama Melaka dikatakan berasal daripada perkataan 'Malaya' yang bermaksud 'tempat perlindungan'. Menurut cerita, semasa Parameswara sampai ke Muar, sekumpulan Orang Selat telah bertemu dangan baginda dan memohon supaya baginda merajai mereka di suatu tempat yang lebih sesuai iaitu di Bertam lalu Parameswara bertitah kepada mereka, "kamu semua tahu dalam bahasa kita,seseorang yang melarikan diri itu dipanggil 'Melayo', oleh itu baiklah tempat ini dipanggil 'Malaya' kerana tempat ini tempat perlindungan kita".
Pendapat lain pula mengatakan bahawa nama Melaka berasal daripada 'mirabolanos' iaitu sejenis buah yang dikeringkan. Nama Melaka juga dikaitkan dengan 'Malayakolam' atau 'Malayaka' yang bererti 'negeri orang Melayu'. Nama itu juga mempunyai persamaan dengan nama satu suku yang terdapat di India yang pernah disebut dalam cerita 'Mahabhrata'.
Kedudukan geografinya yang strategik iaitu di Selat Melaka menyebabkannya menjadi pusat tumpuan pedagang dari luar yang singgah di Melaka. Oleh itu, pedagang Arab memanggil bandar pelabuhan itu 'Mulagah' yang bererti 'tempat berjumpa'. Kadang-kadang tempat itu dipanggil 'Multaqam' (tempat berkumpul) kerana semua pedagang dari timur dan barat berkumpul dan berjual beli di situ. Ada juga yang menyebut Melaka sebagai'malakat' atau 'malaqqa' yang bererti 'pasar' atau 'tempat berniaga'.
Pengasas negeri Melaka ialah Parameswara di mana baginda ialah anak raja Srivijaya yang berasal dari Palembang. Baginda terbabit dalam satu pemberontakan di Sumatera menentang kerajaan Majapahit. Setelah gagal dalam pemberontakan itu baginda lari untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh angkatan Majapahit. Akhirnya baginda sampai di Temasik (nama lama bagi Singapura). Ketibaan baginda disambut oleh pemerintah Temasik iaitu Temagi. Temagi adalah wakil pemerintah kerajaan Siam yang memerintah di situ. Malangnya, Parameswara berniat jahat terhadap Temagi. Temagi mati dibunuh oleh Parameswara dan kematian Temagi itu dituntut bela oleh Siam.







No comments:
Post a Comment